HomeUtamaKKR Pertimbang Bina Jalan Kimanis-Kuala Penyu

KKR Pertimbang Bina Jalan Kimanis-Kuala Penyu

Read Time:1 Minute, 14 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mempertimbang cadangan membina Jalan Kimanis-Kuala Penyu, Sabah menggunakan peruntukan pembangunan Persekutuan di bawah kementerian itu dalam ‘Rolling Plan’ atau Pelan Pusingan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan negeri perlu bersetuju mewartakan jalan tersebut kepada Jalan Persekutuan terlebih dahulu supaya cadangan projek itu boleh diteliti semula dan dipertimbang untuk diangkat kepada agensi pusat sekiranya memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan.

“Ia juga tertakluk kepada keutamaan negeri dan ketersediaan agihan siling peruntukan pembangunan Persekutuan bagi KKR,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai projek menaik taraf jalan seperti Jalan Tg Aru-Sangkabok, Jalan Selagon 1 dan jalan lain di Parlimen Beaufort, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memaklumkan pada Pelan Pusingan kedua RMK12, KKR telah menerima permohonan cadangan membina jalan tersebut dan kementerian tidak dapat mengangkat projek itu untuk pertimbangan agensi pusat berikutan skop projek yang turut melibatkan naik taraf jalan negeri.

Arthur berkata Seksyen 3 Akta Jalan Persekutuan 1959 memperuntukkan Menteri Kerja Raya boleh mengisytiharkan mana-mana jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau jalan swasta sebagai Jalan Persekutuan setelah dipersetujui pihak berkuasa berkenaan.

Menurutnya, permohonan untuk menaik taraf jalan yang bukan Jalan Persekutuan seperti jalan negeri, jalan majlis atau jalan kampung adalah di bawah pihak berkuasa berkenaan dan KKR hanya akan mempertimbangkannya sekiranya diwartakan kepada Jalan Persekutuan terlebih dahulu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya