HomeUtamaPdP Bersemuka Di Sabah Bermula Hari Ini

PdP Bersemuka Di Sabah Bermula Hari Ini

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negeri dilaksanakan bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, ini selepas Sabah beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Ke-4 pada 8 November lalu.

Katanya, PdP secara bersemuka di semua peringkat sekolah itu melibatkan seramai 528,234 murid dan pelajar sekolah di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah, termasuk dari Kolej Vokasional dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM), manakala 318,328 orang lagi adalah murid sekolah rendah.

“Jumlah itu membabitkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM, seramai 10,938 murid dan pelajar hadir ke sekolah mulai hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Mistirine berkata, berdasarkan statistik, kehadiran ke sekolah secara bersemuka ini membabitkan seramai 27,924 orang murid pra sekolah, diikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seramai 3,105 orang.

Katanya, bagi kehadiran murid Tahun 1 adalah seramai 47,391 orang, Tahun 2 (48,227 orang), Tahun 3 (49,683 orang), Tahun 4 (48,340 orang), Tahun 5 (47,164 orang) dan Tahun 6 (46,494 orang).

“Bagi kehadiran pelajar sekolah menengah pula ia membabitkan seramai 3,415 pelajar PPKI, diikuti Tingkatan 1 (40,951), Tingkatan 2 (38,264), Tingkatan 3 (37,204), Tingkatan 4 (35,107), Tingkatan 5 (34,033), Tingkatan 6 Atas (7,333), Tingkatan 6 Bawah (8,739), Kolej Vokasional (4,647) dan SSM Sabah (213).

“Bagi sekolah rendah swasta pula, seramai 279 adalah murid tadika, diikuti PPKI (30), Tahun 1 (445), Tahun 2 (472), Tahun 3 (488), Tahun 4 (397), Tahun 5 (392) dan Tahun 6 (369),” katanya.

Katanya, bagi sekolah menengah swasta pula membabitkan seramai 1,263 pelajar Tingkatan 1, diikuti Tingkatan 2 (1,347), Tingkatan 3 (1,281), Tingkatan 4 (1,592), Tingkatan 5 (1,458), Tingkatan 6 Atas (305), Tingkatan 6 Bawah (397) dan Sekolah Antarabangsa (423).

Terdahulu, kehadiran murid dan pelajar sekolah harian, kecuali di sekolah kurang murid (SKM) bagaimanapun dilaksanakan secara penggiliran seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular