HomeUtamaCadangan Tubuh Konsortium Perikanan Laut Dalam Antara Yang Dipertimbangkan

Cadangan Tubuh Konsortium Perikanan Laut Dalam Antara Yang Dipertimbangkan

Read Time:1 Minute, 31 Second

KUALA LUMPUR : Tiga cadangan akan dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, cadangan itu merangkumi Penubuhan Konsortium Perikanan Laut Dalam dan Pengukuhan Kawalan Biosekuriti Agromakanan Melalui Penubuhan One Stop Quarantine Center (QSQC).

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu turut mempertimbangkan untuk Mewartakan Cili Merah Sebagai Barang Kawalan Bagi Pengurusan Data Yang Lebih Komprehensif dan Efektif.

Dr Ronald berkata, prestasi negara yang menunjukkan peningkatan sembilan anak tangga dengan menduduki tangga ke-39 dalam Global Food Security Index (GFSI) 2021 turut dilaporkan dalam mesyuarat pada kali.

Katanya, selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum perkongsian mengenai Kemudahan Makmal Dalam Menyediakan Perkhidmatan Analisis Makanan Negara.

Scorecard yang dibangunkan khusus untuk memantau pelaksanaan lima teras strategik dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 berasaskan pendekatan kluster turut dipersetujui.

“Idea serta saranan yang diketengahkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ini akan diperhalusi dan ditambahbaik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dijangka akan bersidang dalam masa terdekat.,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2021 yang diadakan secara maya disini hari ini.

Katanya, keahlian Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi, ahli-ahli akademik, pemain-pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Diharapkan komitmen dan kerjasama padu merentasi agensi dan kementerian dalam aspek sekuriti makanan dapat diteruskan menerusi platform ini,” katanya.

Mesyuarat kali ini merangkumi Exco-Exco Pertanian, Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF).

Penglibatan kerajaan negeri merupakan pemangkin kepada sinergi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam memacu agenda sekuriti makanan negara secara menyeluruh ke arah meningkatkan kemakmuran ‘Keluarga Malaysia’.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido juara Tati Tinandai Togingo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular