HomeUtama3 Suspek Pengedar Dadah Tumpas

3 Suspek Pengedar Dadah Tumpas

Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiga suspek termasuk dua wanita dan seorang lelaki ditahan disyaki mengedar dadah jenis ganja dalam satu serbuan dua tempat berasingan di sekitar Kota Kinabalu di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap hasil dari risikan dan intipan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Pada 22 November 2021, jam 7.30 malam bertempat di Taman Suria Kobusak, pihak polis telah menahan seorang suspek wanita berumur 20 tahun, hasil pemeriksaan telah menemui beberapa paket plastik berisi dadah jenis ganja seberat 1,711.40 gram yang disembunyi di dalam rumah.

Barang-barang kes yang dirampas oleh pihak polis dari serbuan kedua./ Foto ihsan IPD Kota Kinabalu.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba serta alatan yang digunakan untuk pembungkusan dadah bagi tujuan siasatan,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Seterusnya tarikh yang sama, pada jam 11.35 malam, sepasukan polis telah menahan sepasang kekasih iaitu seorang suspek lelaki berumur 22 tahun dan wanita 21 tahun di KK Time Square, Kota Kinabalu.

“Hasil serbuan pihak polis adalah daripada risikan dari serbuan pertama dan telah menemui bersama suspek tersebut ketulan-ketulan dadah jenis ganja seberat 872.16 gram yang disimpan di dalam sebuah almari.

“Pihak polis telah merampas alatan untuk pembungkusan dadah yang juga turut dijumpai dan dua buah telefon bimbit berjenama bagi tujuan siasatan lanjut,” ujar Zaidi lagi.

Katanya, hasil ujian urin kedua-dua suspek adalah positif dadah.

Menurut Zaidi lagi, ketiga-tiga suspek yang ditahan adalah warganegara Malaysia dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Hasil siasatan awal polis, kesemua suspek terlibat dengan sindiket pengedaran dadah jenis ganja semasa pandemik Covid-19 demi untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

“Bekalan diperolehi dari Semenanjung Malaysia melalui perkhidmatan kurier sebelum diedarkan di sekitar Kota Kinabalu,” jelas Zaidi.

Namun ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau walau bagaimanapun hasil ujian saringan urin didapati dua daripada suspek positif dadah manakla seorang suspek negatif.

Keseluruhan rampasan dadah adalah seberat 2,583.56 dan dianggarkan berjumlah RM6,240.00 mengikut harga pasaran dadah semasa serta berupaya memenuhi permintaan hampir 2,584 orang penagih dalam satu-satu masa.

Sejumlah wang bernilai RM1,353 turut disita dalam serbuan tersebut.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, manakala Seksyen 6 ADB 1952 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dari dua tahun dan denda tidak lebih dari RM20,000, Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952, hukuman denda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun serta Seksyen 7 ADB 1988 bagi rampasan barang sitaan jika disabit kesalahan.

Ketiga-tiga suspek telah direman bermula hari ini (24 November 2021) untuk siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya