HomeUtamaSPR Tetapkan PRN Sarawak Pada 18 Disember Ini

SPR Tetapkan PRN Sarawak Pada 18 Disember Ini

Read Time:1 Minute, 37 Second

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Abdul Ghani berkata, seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN-12 dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. PRU DUN Sarawak Ke-12 ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 17 Disember.

Beliau juga memaklumkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya itu akan mula dijual pada 1 Disember dan pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi laman sosial SPR iaitu pengundi.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927018 atau menerusi aplikasi MySPR Semak dengan semakan boleh dibuat mulai 1 Disember,” katanya.

Bagi urusan permohonan undi pos luar dan dalam negara, permohonan undi pos untuk mengundi Kategori Borang 1B dan Kategori Borang 1C dibuka mulai 8 November lalu sehingga 24 November.

“Bagi kategori Borang 1A pula bermula 24 November sehingga 3 Disember manakala permohonan undi pos bagi kategori 1B dan 1C dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.

“Permohonan untuk mengundi secara pos boleh dilakukan menerusi MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya