HomeUtamaCOVID-19 : Kes Baharu Kembali Melonjak Tinggi

COVID-19 : Kes Baharu Kembali Melonjak Tinggi

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali tinggi melepasi angka 600 kepada 622 kes dengan peningkatan sebanyak 96 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah jangkitan yang tinggi telah diramal awal dengan mengambil kira kadar peratusan kes-kes sporadik yang tinggi.

“Jumlah yang tinggi ini sebenarnya tidak mengejutkan, malah sudah diramal awal dengan mengambilkira kadar peratusan kes-kes sporadik yang tinggi (saringan bergejala).

“Peratusan kes-kes sporadik secara konsisten berada pada tahap 35 peratus hingga  40 peratus sejak beberapa minggu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jangkitan akan berlaku lebih cepat apabila virus berada di tengah-tengah masyarakat yang mengambil ringan keperluan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) serta nasihat penjagaan kesihatan yang lain.

Katanya, sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan empat daerah menunjukkan peningkatan yang sangat drastik iaitu Tuaran dengan pertambahan +57 kes, Ranau +46 kes, Kota Belud +38 kes dan Kinabatangan +35 kes.

“Adalah diperhatikan kesemua 39 kes baharu di Kinabatangan hari ini adalah daripada Kluster Sawit Jati.

“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan dengan enam daerah menunjukkan penurunan jumlah yang agak tinggi,” katanya.

Namun katanya, jumlah keseluruhan kes bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan tidak dapat mengatasi jumlah kes daerah-daerah yang mencatatkan pertambahan.

“Daripada 622 kes baharu hari ini, 609 kes atau 98 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang lazimnya bukan dalam kategori yang serius.

“Dua pesakit adalah dalam Kategori 3, dua pesakit dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5. Enam kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular