COVID-19 : Empat Daerah Catat Penurunan Kes Jangkitan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Empat daerah di Sabah yang sering menjadi penyumbang tinggi kes jangkitan COVID-19 di negeri ini telah mencatat penurunan yang banyak pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara daerah terlibat ialah Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Kota Belud.

“Jumlah kes harian di Sabah hari ini turun 109 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 513 kes.

“Pada hari ini juga, Kota Kinabalu turun 37 kes berbanding jumlah semalam, Ranau turun 14 kes, Tuaran turun 31 kes dan Kota Belud turun 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, meskipun mencatat penurunan, empat daerah ini kekal penyumbang tertinggi kes harian di Sabah.

Katanya, sebanyak 14 daerah merekodkan penurunan kes harian dan lapan daerah pula mencatat jumlah kes yang bertambah sementara lima daerah mencatatkan jumlah kes yang sama seperti sebelumnya.

“Tidak ada kes baharu di Kunak, Tongod dan Kalabakan. Secara keseluruhan peratusan kes sporadik masih tinggi iaitu seramai 191 orang atau 37.2 peratus daripada 513 pesakit yang dilaporkan hari ini.

“Seramai 500 orang daripada 513 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, iaitu tidak bergejala atau sekadar bergejala ringan,” katanya.

Katanya, hanya dua orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan juga dua orang dalam Kategori 5.

“Seramai tujuh pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *