HomeEkonomiRM61 Juta Bantuan Kewangan Diperuntukkan Untuk Penggiat Industri Pelancongan Di Sabah

RM61 Juta Bantuan Kewangan Diperuntukkan Untuk Penggiat Industri Pelancongan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM61 juta bagi tujuan bantuan kewangan yang diberikan secara berperingkat sehingga kini kepada lebih kurang 1,817 penggiat industri pelancongan di Sabah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat berkata, pihak kerajaan telah memberi bantuan kewangan ini sebagai tanda pengiktirafan, penghargaan dan usaha sama berterusan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang kali ini diadakan di negeri Sabah juga merupakan yang terakhir bagi tahun 2021 selepas penganjuran majlis yang sama di Langkawi, Kuching, Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Kumpulan yang menerima bantuan adalah termasuk Pemandu Pelancong, Pengusahaan Pelancongan, Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), Pengusaha Spa dan Pusat Urut Kaki serta Program Pengalaman Homestay Malaysia yang telah berdaftar di bawah MOTAC, ” kata Noor Zari, teks ucapannya disampaikan oleh wakil beliau iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Mohd Zamri Mat Zain semasa menyempurnakan majlis penyampaian bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, melalui peruntukan yang diberikan, secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pihak terlibat sama dalam merancang strategi yang lebih mampan dan berdaya saing demi merancakkan semula industri pelancongan negara ini.

Menurut Noor Zari, menerusi Bajet 2022 yang telah dibentangkan , kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 Bilion kepada sektor pelancongan bagi membantu memulihkan industri pelancongan negara. Peruntukan ini termasuk RM85 juta Bantuan Khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.

“Melalui peruntukan yang diberikan ini, MOTAC akan meneruskan lagi usaha-usaha untuk membantu pengusaha pelancongan yang terjejas teruk. Ini merupakan pertambahan sebanyak RM24 juta daripada peruntukan bagi tahun 2021 dan bertujuan memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara,” jelas Noor Zari.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular