HomePolitikMohamaddin Sertai BERSATU

Mohamaddin Sertai BERSATU

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi secara rasminya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Kemasukan beliau ke parti itu diumumkan Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Katanya, permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat Khas MPT BERSATU juga telah memperakukan dan menerima permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama YB Datuk Mohamaddin Ketapi sebagai ahli BERSATU yang baharu.

“BERSATU menyambut baik keahlian beliau kerana ianya bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, malah ianya juga akan memberi manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau merupakan pemimpin kedua WARISAN yang meninggalkan parti itu pada Oktober lalu selepas ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar parti pada 8 Oktober lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya