HomeIsu tempatanSESB Terapkan Budaya Berintegriti

SESB Terapkan Budaya Berintegriti

Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah mewujudkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus bagi tujuan memantapkan budaya integriti dikalangan warga kerja SESB.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB)/SESB Dato’ Sri Hasan Arifin berkata, pembudayaan amalan integriti ini dapat melahirkan warga kerja SESB yang lebih efisien, produktif dan beretika serta mampu untuk mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar dan telah ditetapkan dipatuhi.

“Saya yakin warga SESB sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik serta mempunyai semangat integriti yang tinggi selaras dengan seruan kerajaan membentuk modal insan yang cekap, mahir, berkaliber, telus dan amanah.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua warga SESB supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti dan ikhlas selaras objektif SESB sebagai satu syarikat yang berpegang teguh kepada tujuan untik bersama-sama memacu pembangunan negeri Sabah bersandarkan kepada aspirasi ‘Untuk Menjadi Utiliti Tenaga Yang Dipercayai’, Berdaya Tahan dan Progresif,” kata Hasan dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Hari Integriti SESB 2021 dan Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah SESB 2021-2025.

Hasan berkata dalam majlis secara maya itu diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini , selain lafaz ikrar bebas rasuah, SESB telah berjaya menyiapkan Buku Pelan Anti Rasuah untuk dijadikan sebagai panduan pelaksanaan dan penerapan nilai-nilai murni di SESB selama lima tahun.

“Justeru, saya berharap dengan adanya buku tersebut secara langsung dapat menerapkan nilai budaya integriti, etika kerja yang unggul serta mewujudkan kesejahteraan emosi dalam kalangan warga SESB sekaligus meningkatkan imej SESB,” jelasnya.

Beliau juga mengharapkan penganjuran seminar seperti ini akan memberi makna dan manfaat serta dijadikan tauladan serta sempadan untuk semua warga SESB dalam mengharungi rutin pekerjaan seharian.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Warga SESB dengan pelancaran Buku pelan Anti Rasuah 2021-2025 pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pengarah SESB Datuk Seri Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk TPj Karunanity Y. Subbiah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya