HomeUtamaKePKAS Mahu Pihak Berkaitan Pantau Harga Pakej Pelancongan

KePKAS Mahu Pihak Berkaitan Pantau Harga Pakej Pelancongan

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Penguatkuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta untuk membuat siasatan berhubung aduan manipulasi harga pakej pelancongan oleh ejen tidak berdaftar di daerah Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan segera.

Katanya, isu itu juga boleh mendatangkan masalah yang besar kepada industri pelancongan di daerah itu jika tidak ditangani oleh pihak bertanggungjawab.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kerugian kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar kerana pelancong lebih memilih untuk menggunakan khidmat ejen yang tidak berdaftar disebabkan pakej yang lebih murah.

“Namun ia bukan semata-mata memberi kerugian kepada ejen lain tetapi juga melibatkan keselamatan pelancong itu sendiri.

“Ia berikutan, ejen tidak berdaftar ini tidak mempunyai kemahiran khususnya cara menyelamat sekiranya berlaku kecemasan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang dibuat oleh Semporna Profesional Divers Association (SPDA) baru baru ini, yang melaporkan banyak ejen pelancongan yang tidak berdaftar telah menurunkan harga sehingga separuh daripada sepatutnya.

Katanya yang turut mengingatkan kepada semua agen pelancongan berdaftar agar mengekalkan harga pakej percutian dan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga terutama di waktu pelancongan domestik sedang berkembang semula.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular