HomeUtamaPengusaha Pelancongan Desa Mahu Sabah New Deal Dilanjutkan

Pengusaha Pelancongan Desa Mahu Sabah New Deal Dilanjutkan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pemain pelancongan luar bandar mahu peruntukan khas Sabah New Deal (SND) bagi sektor pelancongan dilanjutkan tahun depan kerana masih ramai yang memerlukan sokongan kewangan untuk membantu menaiktarafkan kemudahan mereka.

Mereka menyatakan harapan itu kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, ketika lawatan beliau ke daerah Kota Marudu dan Pitas untuk meninjau status penambahbaikan fasiliti di bawah SND.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata bantuan kewangan khas itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 500 pengusaha pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Beliau yakin Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan kepada pelancongan, terutamanya sektor pelancongan luar bandar, dalam pembentangan bajet negeri 2022 akan datang.

“Saya harap apabila Ketua Menteri membentangkan bajet negeri pada 3 Disember ini, akan ada peruntukan seumpama ini dan jumlah ditambah lagi.

“Masih terdapat ramai pengusaha yang memerlukan bantuan kewangan untuk membina kemudahan asas dan bagi pihak pengusaha pelancongan luar bandar, kita berharap Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan akan memberikan peruntukan lebih besar dari RM10 juta,” katanya.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai pengusaha pelancongan desa kehilangan sumber pendapatan mereka untuk mengekalkan kemudahan yang sedia ada di kawasan pelancongan masing-masing.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Sabah New Deal untuk membantu pemain pelancongan yang terjejas, dengan setiap penerima diberi RM20,000.

Pengagihan geran itu diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Walaupun ramai yang telah mendapat manfaat daripada geran khas itu, ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan kemudahan asas.

Antara lokasi yang dilawati oleh Joniston ialah Marudu Bay Homestay, Pusat Pelancongan D’Lutong Ria Pantai Ria, Sarangheayo-Sarayo Camping Ground, dan Walai Ondoton Pitas Homestay.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya