HomeUtamaHampir RM25 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Kota Belud Tahun Ini

Hampir RM25 Juta Diperuntukkan Untuk Pembangunan Kota Belud Tahun Ini

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri dan Persekutuan memperuntukkan hampir RM25 juta untuk melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas untuk manfaat penduduk di daerah ini pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dibawah Bajet Negeri 2021 , sebanyak RM17.07 juta diperuntukkan kepada pejabat daerah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memastikan objektif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan lagi RM7.9 juta kepada pejabat daerah.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk manfaat rakyat di daerah ini,” katanya pada perasmian Tamu Besar di Dewan Tun Said di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Adun Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut memberi peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta tahun ini untuk kerja-kerja menaik taraf sekeliling kawasan Lebak Moyoh yang sering dilanda banjir.

Lebak Moyoh di sekelilingnya terletak betul-betul di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan ibu negeri ke bahagian utara Sabah.

“Kerja-kerja menaik taraf sudah 64 peratus siap. Saya pasti setelah siap, pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan akan menjadi lebih selesa (kerana mereka tidak lagi perlu menghadapi banjir setiap kali hujan),” katanya.

Hajiji berkata melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merangkumi 32.2 km merentasi daerah dari Pituru ke Rampayan.

Pituru disambungkan ke Serusup di Tuaran melalui Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 20.7 km pakej yang dijangka akan dilaksanakan Disember ini.

Katanya, kerajaan juga telah giat membaiki dan membina 23 daripada 47 sekolah di Kota Belud.

Hajiji berkata kerajaan juga prihatin dengan nasib pengusaha pelancongan tempatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Kota Belud telah menjadi destinasi pelancongan kegemaran dan antara tarikan utamanya ialah pelancongan desa berasaskan komuniti di Kadamaian yang telah dilancarkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah pada tahun 2014.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong dan memberi bantuan supaya sektor pelancongan akan terus maju ke hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Kota Belud kerana melancarkan Pelan Strategik Daerah Kota Belud 2020-2030.

“Pelan itu akan menjadi panduan kepada semua perancangan pembangunan dan infrastruktur untuk mengangkat kesejahteraan sosio-ekonomi penduduk daerah, yang selaras dengan aspirasi SMJ,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang terpinggir daripada rancangan pembangunan itu dan ia akan berjaya dilaksanakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya