HomeSukanDua Pemain Ikat Kontrak Baharu Bersama Sabah FC

Dua Pemain Ikat Kontrak Baharu Bersama Sabah FC

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Dua pemain Sabah FC, Rawilson Batuil dan Nazirul Naim Che Hashim antara yang terawal menandatangani kontrak baharu untuk terus beraksi bersama skuad Sang Badak dalam aksi Liga Super 2022.

Rawilson yang sebelum ini telah bersama Sabah FC selama lapan musim, bakal menambah semusim lagi selepas sah mengikat kontrak baharu itu kelmarin.

Manakala Nazirul yang sebelum ini dipinjamkan dari Perak FC menerusi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini turut sah meneruskan aksi bersama Sabah FC musim depan.

Sabah FC menerusi hantaran di Facebook rasmi menyatakan, kedua-dua pemain ini akan meneruskan aksi bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee musim depan.

Bagi Rawilson,27, menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, beliau menyatakan tekadnya untuk berusaha semampu yang boleh demi Sabah FC.

“Terima kasih Sabah FC atas kepercayaan khidmat saya. Saya akan berusaha semampu yang boleh menggunakan kudrat demi Sabah FC.

“Terima kasih juga kepada penyokong yang tidak putus-putus memberi semangat kepada Saya. Jumpa di musim baru,” katanya.

Selain Rawilson dan Nazirul, seramai enam pemain muda Piala Presiden difahamkan turut diserapkan ke pasukan Sabah FC bagi mengharungi saingan musim depan.

Mereka termasuklah Abd Hanafie Tokyo; Gerald Gadit; Ramzi Mustakim; Harith Naem Jaineh; Mohd Sahrizan Saidin dan Mohd Nureizkhan Japar.

Sementara itu, difahamkan seramai lapan pemain Sabah FC yang sebelum ini beraksi bagi musim ini tidak akan bersama pasukan itu musim depan.

Antara yang tidak meneruskan aksi bersama Sabah FC ialah Dendy Lowa; Rendy Robson Rining; Ricco Nigel Milus; Azzizan Nordin; Mafry Balang; Jenius Karib; Hamran Peter dan Sabri Sahar.

Kim Swee sebelum ini dikatakan mahu mengikat pemain berpengalaman dari kelab lain termasuk Baddrol Bakhtiar dari Kedah Darul Aman (KDA) FC dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dari Melaka United FC.

Namun, keputusan rasmi barisan pemain baharu skuad Sang Badak dijangka diketahui awal bulan depan seperti dimaklumkan Kim Swee dalam kenyataannya, kelmarin.

Kim Swee secara terbuka menyatakan hasratnya untuk membawa beberapa pemain berkualiti bagi menyertai skuad Sang Badak dalam saingan Liga Super 2022.

Jelasnya, nama hebat seperti Khairul Fahmi, Baddrol, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi memang diperlukan bagi memastikan Sabah mampu memberikan saingan kepada pasukan lain.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular