HomeUtamaUsaha Bangunkan Pendidikan Terus Diperkasa Di Ranau

Usaha Bangunkan Pendidikan Terus Diperkasa Di Ranau

Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Usaha membangunkan pendidikan di daerah ini akan terus diperkasa dan diperhebat bagi membuka peluang yang luas kepada anak-anak tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di daerah ini yang dijangka akan beroperasi dua tahun lagi.

“Pewujudan MRSM di daerah ini akan dapat membuka peluang dan ruang yang luas kepada pelajar tempatan untuk mengambil bidang sains serta bidang pengkhususan akademik.

“Konsep MRSM ini ialah bukan sahaja memberi bangunan sekolah yang terbaik tetapi memberi kakitangan akademik yang paling terbaik dan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada Ranau tetapi kepada Telupid, Tambunan dan semua daerah disekelilingnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Sumbangan Ceria Ke Sekolah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan dan Penyerahan Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB disini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengruus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Idris Mohd Noor.

Pembinaan MRSM yang ditaja oleh Syarikat Minyak Negara PETRONAS itu terganggu sedikit berikutan keadaan Pandemik COVID-19 namun apabila siap kelak ia bakal membawa manfaat besar kepada penduduk sekitar.

Terdahulu ketika berucap, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, kerajaan negeri amat mengalu-alukan penglibatan syarikat swasta, individu berkepentingan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melaksanakan tangungjawab sosial korporat di negeri ini.

“Komitmen ini diperlukan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan di seluruh negeri.

“Kerajaan memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang usaha daripada pihak tertentu untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya