HomeUtamaAPM Laksana Sesi Uji Lari Siren Amaran Rabu Ini

APM Laksana Sesi Uji Lari Siren Amaran Rabu Ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah akan melaksanakan sesi uji lari siren amaran awam yang dipasang di bangunan strategik sekitar Kota Kinabalu.

Pengarah APM Sabah Kol.(PA) Sharudin Md Zain berkata, siren amaran yang dipasang itu merupakan jenis siren elektrik 400 volt yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk Sabah sekitar tahun 1968 hingga 1970.

“Siren amaran ini telah diselenggara dan akan diuji kebolehfungsiannya pada Rabu ini dalam dua fasa ujilari iaitu fasa siang hari pada jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari manakala fasa malam hari dari jam 10 malam hingga 11 malam.

“Ia adalah bagi melihat jarak jangkauan dan litupan bunyi yang boleh dicapai dari titik lokasi siren,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sharudin berkata, uji lari siren akan dilaksanakan dengan mengaktifkan dua nada bunyi dalam setiap fasa yang akan dioperasikan untuk tempoh selama dua minit bagi setiap nada bunyi.

Katanya, bagi maksud uji lari ini, pihak APM Sabah memohon kerjasama semua penduduk awam sekiranya mendengar bunyi siren agar tidak panik dan boleh meneruskan urusan masing-masing seperti biasa.

“Pihak APM Sabah akan menempatkan sejumlah anggota di lokasi tertentu untuk memantau situasi keselamatan awam dalam tempoh pelaksanaan uji lari siren amaran ini,”katanya.  

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular