Penggunaan Darah di Hospital Meningkat – Shahelmey

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN : Penggunaan darah di hospital kian meningkat saban hari terutama dalam pandemik dan endemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan belia diseru agar segera tampil menderma darah bagi meningkatkan bekalan darah di Unit Tabung Darah di negeri ini.

“Golongan belia merupakan golongan yang aktif dari segi fizikal dan peluang untuk menderma darah adalah lebih tinggi berbanding golongan dewasa.

“Oleh itu, kita seru kepada orang ramai terutama golongan muda untuk tampil menderma darah kerana bukan saja baik untuk kesihatan serta dapat membantu kepada pihak yang memerlukan.

“Melalui pemerhatian jelas kempen-kempen derma darah ini menujukkan peningkatan terutama ketika Sabah telah memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila ramai golongan belia mula tampil menderma darah berbanding ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Derma Darah Peringkat Daerah Putatan 2021 anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Putatan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Union dan  KRT Taman Teluk Villa, disini semalam.

Pada program sehari itu, PBSM Daerah Putatan berjaya mengumpul sebanyak 45 pain darah untuk kegunaan Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Dalam program yang sama, Pengerusi KRT Taman Teluk Vila, Ahmad Mahmood berkata program yang dilaksanakan secara bersama dengan PBSM Daerah Putatan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah kepada masyarakat umum terutama bagi kes rawatan kecemasan serta pesakit Talasemia yang amat memerlukan bekalan darah untuk kelangsungan kehidupan.

“Darah ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicari, ini memerlukan kesedaran dan keikhlasan individu yang sihat untuk menyumbangkan satu pain darah bagi kegunaan individu lain yang amat memerlukan,” jelas beliau.

Hadir sama, Ketua Daerah Putatan Datuk Mohd Dahali Matsin serta Pengerusi PBSM Daerah Putatan, Nanih Abah./Penerangan- 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *