HomeUtamaCOVID-19 : Situasi Di Labuan, Peringatan Untuk Rakyat Sabah - Masidi

COVID-19 : Situasi Di Labuan, Peringatan Untuk Rakyat Sabah – Masidi

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Pengisytiharan Labuan yang kembali kepada zon merah COVID-19 perlu menjadi peringatan kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, situasi itu memberi gambaran bahawa jangkitan COVID-19 boleh meningkat jika rakyat lalai mematuhi prosedur standard operasi (SOP).

“Pengisytiharan Labuan yang kembali kepada zon merah adalah satu peringatan kepada semua penduduk di Negeri Sabah.

“Yang mana trend jangkitan boleh bertukar sekelip mata sekiranya kita lalai dan alpa mematuhi SOP,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kes jangkitan yang melambung tinggi akan turu membantut dan melambatkan usaha  untuk kembali kepada kehidupan seharian yang hampir normal seperti sebelumnya.

Katanya, pelbagai langkah dan kawalan terpaksa dilaksanakan semula bagi mengawal dan mengurangkan jangkitan daripada terus bertambah.

“Sikap kita sendirilah yang menentukan sejauh mana dan secepat mana kita boleh kembali kepada kehidupan ‘normal’,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, secara keseluruhan kes-kes di Sabah meneruskan trend menurun dengan jumlah kes baharu hari ini sebanyak 408 kes.

Katanya, ini merupakan penurunan 30 kes berbanding jumlah semalam.

“Kota Kinabalu kekal daerah yang mencatatkan jumlah kes baharu yang tertinggi di Negeri Sabah.

“Jumlah kes di Kota Kinabalu hari ini ialah 88, pertambahan 7 kes berbanding sebelumnya. Terdapat 12 kes baharu daripada Kluster Lautan Biru Pantai dan 10 kes yang melibatkan OKT,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan dengan dua daripadanya menunjukkan penurunan dua angka iaitu Kota Belud -15 kes dan Beaufort -10 kes.

Katanya, sebanyak 11 daerah pula mencatatkan peningkatan kes termasuk Tuaran yang mencatatkan peningkatan +12 kes.

“Tiga daerah kekal sebagaimana catatan semalam.  Daerah Semporna, Kunak dan Nabawan tidak mencatkan sebarang kes baharu (sifar).

“Lebih 98 peratus daripada 408 kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC sahaja.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan dua orang dalam Kategori 5. Lima pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya