Jentera BERSATU Sabah Perlu Lebih Kreatif & Inovatif Dalam Berkempen

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

BELURAN : Semua jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri ini perlu lebih kreatif dan inovatif dalam berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pendekatan berkempen corak baru melalui media sosial dan dalam talian pada musim pandemik COVID-19 ini dilihat lebih mencabar.

Katanya, ini berikutan  capaian internet di negeri ini dilihat masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.

“Meskipun PRU belum ditentukan tapi kepimpinan parti semua peringkat harus bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan PRU yang boleh dipanggil bila-bila masa.

“Semua jentera pilihan raya parti perlu lebih inovatif bagi mendekati pengundi khususnya ketika era kempen dalam talian, ianya perlu diselami, perlu diberi perhatian oleh semua jentera dan ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Beluran disini hari ini.

Dr Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan turut mengajak setiap ahli parti untuk terus bersiap sedia kearah kempen yang lebih berinovatif.

“Kita di luar bandar Sabah ini akan berdepan masalah dengan kempen, tetapi itu bukan pilihan kita dan sebagai ahli parti dan pemimpin parti kita mesti terus mampu mencorakkan kempen bentuk baru.

“Jentera perlu harus menggunakan apa juga platform sedia ada untuk mendapat sokongan yang diperlukan untuk parti dalam PRU akan datang,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *