HomeUtamaKSTI Rancang Laksana Karnival Kerjaya Di Daerah Lain Tahun Depan

KSTI Rancang Laksana Karnival Kerjaya Di Daerah Lain Tahun Depan

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merancang untuk mengadakan Karnival Kerjaya di beberapa buah daerah di negeri ini tahun depan.

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, ia adalah bagi memberi peluang kepada pencari kerja di luar ibu negeri untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai karnival berkenaan.

“Pada hari ini sebanyak 2,680 peluang pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Perdana 2021 membabitkan 12 majikan dari Sabah, enam dari Semenanjung dan satu majikan dari Labuan.

“Jika tidak ada halangan, pada awal tahun depan, pihak kementerian merancang untuk turun ke beberapa daerah lain seperti Sandakan, Tawau dan Keningau bagi memberi peluang kepada pencari kerja seperti yang dilaksanakan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Kerjaya Perdana 2021 anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) disini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KSTI Zainuddin Aman; Pengarah JPSM Sabah Tianinun Iping dan Timbalan Pengarah PERKESO Salwati Abdul Karim.

Yakub berkata, pihaknya berharap usaha yang dilaksanakan itu akan dapat membantu pencari kerja selain yang kehilangan pekerjaan.

Katanya, usaha penganjuran karnival itu juga diyakini mampu membantu mengurangkan kadar pengangguran khususnya di Sabah.

“Saya yakin usaha ini menjadi permulaan untuk mereka yang mencari kerja selepas pandemik COVID-19 dan saya juga yakin usaha ini akan mendapat sambutan daripada majikan, syarikat swasta dan juga pencari kerja.

“Usaha kerjasama ini diyakini akan dapat memberi perkhidmatan dan penawaran peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, seramai 54,652 orang pencari kerja yang telah berdaftar dengan menggunakan  portal MyFutureJobs PERKESO bermula 1 Januari hingga 12 November 2021.

Katanya, dari jumlah itu seramai 11,911 orang pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan.  

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular