HomeUtamaAgro Tradzt Dilancarkan, Bantu Pasar Hasil Produk

Agro Tradzt Dilancarkan, Bantu Pasar Hasil Produk

Read Time:2 Minute, 15 Second

KUALA LUMPUR : Smart Tradzt melancarkan platform e-dagang agroproduk bersepadu Agro Tradzt khusus untuk petani, penternak dan nelayan serta pekebun kecil untuk memasarkan hasil pertanian, penternakan dan perikanan mereka terus kepada pembeli.

Pelancaran Agro Smart Tradzt telah disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Dewan THYS MARDI, Serdang, Selangor disini hari ini.

Dr Ronald berkata, kemudahan seperti Platform e-Dagang Smart Tradzt Agro Marketplace ini adalah bertepatan dengan strategi utama MAFI dalam mewujudkan peluang pasaran yang lebih luas khususnya untuk pengeluar produk pertanian kecil.

“Di samping itu, usaha-usaha berteraskan pemodenan turut digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti sistem makanan negara.

“Ini termasuklah inisiatif untuk memperluaskan penggunaan teknologi serta memperkukuh dan menambahbaik infrastruktur sedia ada bagi memudahcara adaptasi teknologi dalam kalangan pengeluar makanan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata, perluasan penggunaan teknologi dalam kalangan komuniti pertanian akan merangsang keusahawanan, menaikkan taraf sosioekonomi petani, penternak dan nelayan,.

Katanya, selain itu ia juga akan menyemarakkan semula minat dalam industri pertanian sebagai satu profesion ekonomi dan akhirnya mampu meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.

“Saya juga ingin menyeru penglibatan pihak swasta dan pemain-pemain industri di luar sana untuk terus dan bersama-sama kerajaan dan mencipta teknologi seumpama ini yang pastinya untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerjasama strategik MAFI dan pihak swasta akan terus diperkukuh bagi memastikan pencapaian kemajuan yang berterusan untuk sektor pertanian dan  industri makanan negara kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan tahap sekuriti makanan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Sebagai permulaan, fokus akan diberikan kepada perniagaan oleh pengusaha restoran, peruncitan, gerai makanan, serta pemborong dan kepada pengguna individu mulai tahun hadapan.

Usaha ini sudah tentu akan membantu mereka meningkatkan pendapatan mereka berikutan harga tawaran yang lebih tinggi serta perluasan capaian pasaran mereka.

Strategi pemasaran Agro Smart Tradzt membolehkan jualan terus oleh nelayan, penternak dan petani kepada pembeli; menawarkan produk hasilan segar, harga yang lebih adil, kestabilan sumber bekalan dan pengalaman membeli yang menarik dan lancar.

Sselain membolehkan jualan langsung, platform ini menyokong rantaian bekalan dari proses permulaan hinggalah ke penghujung dengan lebih cekap terutamanya bagi barangan mudah rosak, pengurusan inventori dengan jangka hayat yang lengkap, semakan ketersediaan stok, pembungkusan, pengurusan pengangkutan, penjejakan penghantaran semasa dan kebolehkesanan produk dari lokasi penghantaran ke destinasi terakhir.

Dalam usaha memberi perkhidmatan kepada pembeli dengan kuantiti yang kecil secara berkesan, permintaan serta beban pengangkutan disatukan dan dioptimumkan untuk membolehkan skala pengangkutan yang paling ekonomik.

Strategi pemasaran Agro Smart Tradzt mampu memenuhi pelbagai jenis mekanisme harga yang diamalkan dalam industri pertanian pada masa ini.

Pengguna boleh menggunakan rujukan harga rasmi siaran harian (untuk pembeli kuantiti kecil) dan harga rundingan atau harga bidaan (untuk pembeli kuantiti pukal).

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular