COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Meningkat Selepas 5 Hari Rekod Penurunan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali meningkat selepas lima hari mengalami penurunan apabila hari ini merekodkan sebanyak 401 kes dengan peningkatan 59 kes lebih tinggi daripada semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kembali menjadi daerah dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 53 kes.

“Jumlah berkurangan sedikit berbanding semalam namun agak membimbangkan kerana 30 daripada 53 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu berpunca daripada kes-kes sporadik iaitu kes bergejala.

“Sebanyak 18 daerah di Sabah hari ini merekodkan peningkatan kes dengan enam daripadanya mencatatkan peningkatan yang agak tinggi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, lima daerah mencatatkan penurunan kes namun hanya daerah Kinabatangan mencatatkan penurunan signifikan iaitu turun 70 kes berbanding semalam.

Katanya, empat daerah lagi iaitu Semporna, Nabawan, Kunak dan Kalabakan mengekalkan catatan sebagaimana angka semalam iaitu sifar kes.

“Hampir 97 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC.

“Empat pesakit dalam Kategori 3, juga empat pesakit dalam Kategori 4 dan satu pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, seramai empat pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *