HomeEkonomiBajet 2022 Cerminan Hala Tuju Sabah Maju Jaya

Bajet 2022 Cerminan Hala Tuju Sabah Maju Jaya

Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membentangkan Bajet 2022 pada 3 Disember ini, selain fokus menangani isu kesihatan awam, kerajaan juga giat melaksanakan pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berpandukan lima objektif teras iaitu membina negeri dan masyarakat bersatu, aman makmur dan sejahtera; mengoptimumkan sumber dan hasil negeri; merangsang pemulihan ekonomi; meningkatkan ekonomi rakyat; dan membangunkan modal insan.

Antara perkara yang menjadi tumpuan pakar penganalisis ialah pemulihan ekonomi serta membangunkan modal insan.

Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung berkata, Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan merupakan ‘surplus budget’ berdasarkan kepada penambahan lima peratus cukai petroleum daripada Petronas, penambahan cukai eksport komoditi khususnya kelapa sawit yang harganya pun semakin baik serta pemulihan sektor pelancongan setelah hampir dua tahun lumpuh (collapse) sepenuhnya akibat pandemik COVID-19.

Katanya, dengan peningkatan harga minyak Dunia dijangkakan akan menyumbang kepada tambahan pemerolehan kerajaan negeri Sabah.

“Saya percaya fokus akan diberikan kepada pemulihan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara seimbang,” ujarnya.

Dari segi sektor pelancongan sedang kembali rancak di mana baru-baru ini, dengan pelancaran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang menyaksikan Sabah sekali lagi menjadi destinasi pelancongan utama.

Dr Lee berkata, sudah pasti kerajaan boleh menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pelancongan Sabah untuk bangkit semula. Ini adalah kerana pelancongan rantaiannya merangkumi industri perhotelan, makanan dan minuman (food & beverage), pengangkutan dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Dr Lee juga mengharapkan mengenai soal kemiskinan digital (digital poverty) dan jaminan makanan (food security) akan lebih mendapat perhatian dalam Bajet 2022 Sabah.

“Soal kebajikan seperti bantuan atau hadiah RM2,000 kepada anak watan Sabah dari golongan yang kurang berkemampuan yang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) serta RM200 untuk yang menduduki peperiksaan SPM yang diperkenalkan kerajaan GRS dijangkakan akan dapat diteruskan,” tambahnya.

Harapan Dr Lee mengenai kemudahan infrastruktur khususnya jalan raya dan keperluan-keperluan asas lain akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Bagi kemudahan asas jalan raya misalnya kita tahu sebahagiannya adalah jalan persekutuan yang terletak di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan mahupun jalan-jalan perkampungan serta pendalaman yang tidak berdaftarpun dengan Jabatan Kerja Raya (JKR). Hal ini sudah pastinya menimbulkan kesukaran kepada kerajaan negeri untuk campur tangan tetapi memerlukan kaedah berlainan dan memakan masa lebih lama.

“Saya menjangkakan Bajet 2022 akan mencerminkan kompas atau hala tuju yang termaktub dalam pelan Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Agenda Membasmi Miskin Tegar Di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular