HomeSukanSabah FC Umum 4 Pemain Baharu Perkuat 'The Rhinos' Musim Depan

Sabah FC Umum 4 Pemain Baharu Perkuat ‘The Rhinos’ Musim Depan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC hari ini mengumumkan empat pemain baharu bagi membantu skuad Badak mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Antara yang diumumkan Sabah FC termasuklah bekas kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC Baddrol Bakhtiar dan pemain kebangsaan Dominic Tan.

Selain itu, turut disenaraikan dua lagi pemain antaranya bekan pemain UiTM FC Dirga Surgi dan pemain kelahiran Labuan Mohd Afiq Yunus @ Apeng.

Kesemua pemain ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Sabah FC disini petang tadi.

Baddrol yang berusia 33 tahun telah mempamerkan aksi konsisten menjadikan beliau sebagai sandaran pasukan kebangsaan bagi mengemudi barisan tengah untuk Piala AFF yang dijangka bermula 6 Disember ini.

Selain itu, beliau juga merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super bagi pemain tempatan pada saingan Liga Super musim ini.

Sementara itu, Dominic Tan mula mencipta nama bersama Harimau Muda C dan pemain pertahanan kental itu kemudian memilih untuk bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2016.

Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Portugal bersama kelab Vilaverdense FC pada 2018 dan kemudiannya bersama pasukan Police Tero di Liga 1 Thailand.

Biarpun baru berusia 24 tahun, pengalamannya bermain bersama kelab luar sudah pasti memberikan lebih banyak kualiti kepada pasukan dan beliau kini turut berada dalam senarai skuad Piala AFF kebangsaan.

Dalam pada itu, Sabah FC juga dijangka akan mengumumkan beberapa lagi barisan pemain baharu yang akan membarisi skuad Badak musim depan kira-kira jam 11 pagi esok.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya