HomeEkonomiDesak Kerajaan Ambil Tindakan Drastik Tangani Isu Kenaikan Harga Barang

Desak Kerajaan Ambil Tindakan Drastik Tangani Isu Kenaikan Harga Barang

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) mendesak agar kerajaan mengambil tindakan drastik untuk menangani isu kenaikan harga barangan khususnya makanan dan bahan-bahan pertanian.

Naib presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) Patrick Tangkalau berkata, kenaikan harga barang semakin membebankan rakyat hari ini. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung kenaikan harga barangan dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dari segi kawalan harga barang, menghadkan kerbergantungan kepada sumber import dan menyelaraskan pemberian subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pengeluaran negara.

Patrick berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini, yang menyatakan bahawa kenaikan harga barang masih tidak membebankan rakyat.

“Kita lihat peningkatan harga barangan keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan telah memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna sendiri.

“Kenaikan ini bukanlah bersifat sementara tetapi perubahan ekonomi negara atau dunia mempengaruhi keadaan semasa.

“Pembukaan banyak sektor ekonomi mula kenampakan dan sepatutnya sektor-sektor ini mengawal penawaran harga dan menstabilkan ekonomi negara. Bukan memonopoli sesuatu produk dan mengambil kesempatan menaikkan harga produk atau barangan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Patrick juga mencadangkan kepada kerajaan hari ini supaya membuat perubahan drastik dengan menaikkan kadar gaji sektor awam dan swasta kerana tuntutan kerajaan hanya kepada memanjangkan tempoh perkhidmatan berbanding dengan kenaikan gaji pekerja-pekerja sektor ini.

Beliau turut menyeru kepada rakyat supaya terus memainkan peranan menstabilkan harga dengan meningkatkan daya usaha dan inisiatif kendiri dalam memperkasakan ekonomi keluarga dengan mengusahakan tanah sendiri, membangunkan usaha-usaha yang mendatangkan ekonomi dan kecukupan keluarga berbanding hanya berharap kepada bantuan one-off Kerajaan hari ini.

“Bukalah kawasan tanah yang ada, usahakan secara kecil-kecilan untuk sara hidup dan pastinya menjadi skala besar pengeluaran hasil usaha itu setelah stabil,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Kerajaan wajar perkasa Kolej Komuniti agar jadi pilihan rakyat dapatkan latihan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular