COVID-19 : 6 Daerah Catat Lebih 20 Kes Jangkitan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam buah daerah di Sabah mencatatkan kes jangkitan COVID-19 di atas paras 20 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara daerah terlibat ialah di Kota Kinabalu; Penampang; Tuaran; Papar; Beaufort dan Ranau.

“Jumlah kes jangkitan COVID-19 bagi Negeri Sabah hari ini ialah sebanyak 427 kes iaitu mencatat penurunan 40 kes berbanding jumlah semalam.

“Enam daerah iaitu Kota Kinabalu mencatat 78 kes, Penampang 58 kes, Tuaran 47 kes, Papar 29 kes, Beaufort 27 kes dan Ranau 22 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 21 daerah lagi merekodkan kes di bawah paras 20 kes dengan 14 daripadanya hanya merekodkan satu angka dan tidak ada kes baharu di empat daerah.

Katanya, hampir 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC sahaja.

“Empat pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

“Sebanyak tiga pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan juga seorang pesakit dalam Kategori 5.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *