HomeSukanAmri,Thanabalan Kekal Bersama Sabah FC Musim Depan

Amri,Thanabalan Kekal Bersama Sabah FC Musim Depan

Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Penyerang Sabah FC, Mohd Amri Yahyah dan N Thanabalan kekal bersama skuad Badak musim depan apabila mereka diikat pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Mohd Amri yang berusia 41 tahun mempunyai visi, dedikasi, motivasi dan karakter tersendiri setiap kali diturunkan selain memberikan 100 peratus pada setiap perlawanan.

Beliau yang lebih mesra dipanggil sebagai ‘Wak Am’ turut menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Sabah FC sepanjang saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Bagi N Thanabalan, meskipun bergelut dengan kecederaan di awal musim, beliau mula bangkit di akhir saingan Liga Super musim lalu.

Kelibatnya yang sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan selain mencipta peluang menerusi larian-larian penetrasinya.

Aksi konsistennya dalam saingan Piala Malaysia dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee turut membuktikan bahawa beliau layak mendapat tempat dalam pasukan untuk musim hadapan.

Kedua-dua pemain itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook Sabah FC disini hari ini.

Turut disambung kontrak musim depan pemain tengah Sabah FC Ummareng Bacok yang mempunyai pengalaman, kepantasan dan kemampuan bermain di bahagian serangan dan bertahan yang bakal memberikan kelebihan kepada skuad Badak.

Pemain berusia 27 tahun itu juga merupakan antara pemain generasi emas Sukma 2012 yang masih berada dalam pasukan sehingga kini.

Beliau yang mesra dipanggil Umai adalah antara pemain yang beraksi dalam kesemua perlawanan saingan Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Sabah FC turut mengikat kontrak dua pemain pertahanan selain seorang penjaga gol baharu yang akan turut membantu skuad Badak menghadapi saingan musim depan.

Antaranya bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli dan penjaga gol Damien Lim.

Mohd Rizal yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan Malaysia turut sinonim bersama pasukan Kedah selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis.

Pemain berusia 29 tahun ini telah merangkul beberapa kejayaan bersama pasukan Kedah, antaranya Juara Liga Perdana 2015, menjadi pemain terbaik ketika menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2017.

Bagi Mohd Badrul Affendy yang merupakan tunggak utama yang memacu Sarawak United menjadi Naib Juara Liga Premier 2021 dan seterusnya layak ke Liga Super 2022.

Pemain berasal dari Kampung Limbanak Penampang itu sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan Sabah pada musim 2014/2015 sebelum memilih untuk menimba pengalaman beraksi bersama psukan PJ Rangers pada musim 2016.

Sementara itu, penjaga gol yang berusia 24 tahun, Damien Lim sebelum ini menjadi sandaran utama pasukan Negeri Sembilan FC yang berjaya menjuarai Liga Premier 2021.

Beliau juga sebelum ini pernah mewakili skuad bawah 22 tahun negara dan turut pernah beraksi bersama pasukan PKNS FC dan Kelantan.

Semalam Sabah FC telah mengumumkan empat pemain baharu bagi membantu pasukan itu mengharungi saingan musim depan.

Antaranya bekas kapten KDA FC Baddrol Bakhtiar, pemain kebangsaan Dominic Tan,bekas pemain UiTM FC Dirga Surgi dan pemain kelahiran Labuan Mohd Afiq Yunus @ Apeng.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya