HomeIsu tempatan"Terima Kasih Atas Bantuan Rumah Untuk Kami Berteduh" - Ganih

“Terima Kasih Atas Bantuan Rumah Untuk Kami Berteduh” – Ganih

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI : “Tiada apa yang mampu saya ungkapkan, hanya ucapan terima kasih atas bantuan rumah untuk kami sekeluarga berteduh,”kata Ganih Ajin,59.

Beliau yang tinggal di Kampung Mangkaladoi disini menerima bantuan perumahan menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disumbangkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di bawah pelaksanaan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

Katanya yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada 17 Mei lalu amat mensyukuri bantuan perumahan itu seterusnya memberi sedikit keselesaan untuk mereka sekeluarga tinggal.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan khususnya kepada pemimpin kami yang juga Wakil Rakyat Tamparuli Datuk Jahid Jahim atas keprihatinan beliau kepada kami sekeluarga,” katanya.

Jahid meninjau kawasan dalam rumah berkenaan

Simbolik penyerahan kunci rumah kepada Ganih, disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di tapak rumah tersebut disini semalam.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Madin Anak, Setiausaha Politik KPLB Sabah, Jilias Lintar, Penolong Jurutera Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Rayner Francis Siun, dan Pengerusi JPKK Kampung Mangkaladoi, Lucas Lo.

Dalam pada itu, Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar turut rasa gembira selepas rumah berkenaan siap dibina seterusnya diserahkan kepada Ganih sekeluarga.

“Syukur, rumah ini telah siap dibina seterusnya diserahkan kepada Ganih, kini beliau memiliki tempat tinggal yang lebih selesa, tanpa perlu menumpang di rumah ahli keluarga mereka yang lain.

“Semoga bantuan ini akan dapat memberi satu sinar baharu dan keselesaan kepada Ganih dan keluarga, untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya