HomeUtamaKPLB Sabah Telah Laksana Semua Projek Luar Bandar Tahun Ini

KPLB Sabah Telah Laksana Semua Projek Luar Bandar Tahun Ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah melaksanakan hampir keseluruhan projek luar bandar di negeri ini melalui peruntukan bajet yang disalurkan kerajaan sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Jahid Jahim berkata, projek-projek berkaitan pembangunan fizikal itu telah dilaksanakan melalui pentadbiran di setiap pejabat daerah di seluruh Sabah.

“Mengenai projek luar bandar yang dikendalikan oleh KPLB, kita telah melaksanakan hampir 100 peratus bajet yan telah diberikan sepanjang tahun 2021.

“Walaubagaimanapun, urusan mengenai kursus-kursus yang melibatkan keperluan untuk bersemuka masih mempunyai peruntukan berikutan kebanyakkan program dilaksanakan melalui atas talian ataupun secara maya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung 2021 Secara Maya disini semalam.

Jahid berkata, ini berikutan pihaknya perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Untuk peruntukan dan pelaksanaan projek luar bandar serta kursus dibawah KPLB, kita akan lihat pada pembentang bajet 2022 yang akan diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Jumaat ini (esok),”katanya.

Dalam perkembangan lain, Jahid berkata, pihaknya mahu semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di semua daerah untuk sentiasa menjaga integriti dan kreadibiliti selain menggunakan sepenuhnya aplikasi media sosial sebagai kaedah baharu dalam tugasan.

“Selain itu, saya juga mahu semua pengerusi JPKK khususnya di kawasan Pantai Timur untuk sentiasa memberi kerjasama kepada pihak keselamatan khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Pengerus JPKK juga perlu sentiasa menyalurkan maklumat yang dirasakan penting untuk digunakan oleh ESSCOM dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya.

Terdahulu, seramai hampir 100 Pengerusi JPKK di kawasan daerah Tawau dan Sandakan menyertai kursus yang dilaksanakan secara maya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular