HomeUtamaPastikan SOP Dipatuhi, Bantu Elak Penularan Jangkitan COVID-19 Dikalangan Murid

Pastikan SOP Dipatuhi, Bantu Elak Penularan Jangkitan COVID-19 Dikalangan Murid

Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTATAN : Kerjasama semua pihak khususnya guru dan ibu bapa perlu bagi memastikan tahap prosedur standard operasi (SOP) sentiasa dipatuhi bagi memastikan murid ke sekolah berada dalam keadaan baik.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ini kerana anak-anak berusia 7 hingga 11 tahun kini masih belum diberikan vaksinasi COVID-19.

“Pada ketika ini kita dikejutkan dengan kemunculan varian baru virus COVID-19 iaitu varian Omicron.  Walaubagaimanapun, negara kita belum ada lagi kes-kes jangkitan berkaitan varian ini tetapi beberapa negara lain telah ada kes positif.

“Justeru itu, saya berharap kerjasama semua pihak khususnya guru dan ibu bapa untuk sentiasa mematuhi SOP kepada anak-anak yang kembali ke sekolah terutama sekolah rendah kerana mereka ini belum lagi diberikan vaksin COVID-19,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Sosial Sekolah (BSS) kementeriannya kepada sembilan buah sekolah rendah di daerah Putatan disini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan ujian saringan kepada murid berusia 7 hingga 11 tahun secara mingguan di sekolah.

Katanya, ujian saringan itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi memastikan tiada berlaku penularan jangkitan COVID-19 di sekolah susulan pembukaan semula sesi persekolahan baru-baru ini.

“Saya difahamkan KKM dengan KPM akan melakukan ujian saringan setiap Rabu setiap minggu di sekolah bagi memastikan sampel daripada murid dapat diambil.

“Langkah ini juga mampu mengawal risiko dan penularan jangkitan COVID-19 di sekolah,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, beliau akan memastikan proses pembelajaran di daerah ini khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dapat dijalankan dengan lebih baik seterusnya mencapai tahap prestasi pendidikan yang terbaik

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya