HomeUtamaKePKAS Komited Memajukan Tapak Warisan Dunia Kinabalu

KePKAS Komited Memajukan Tapak Warisan Dunia Kinabalu

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS) sentiasa komited untuk memajukan Tapak Warisan Dunia Kinabalu sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia.

Pembantu Menteri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata komitmen tersebut adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk membina jati diri komuniti berteraskan budaya dan warisan negara.

Beliau berkata rakyat Sabah terutama sekali penduduk di persekitaraan Tapak Warisan Dunia Kinabalu harus berbangga dengan kepelbagaian fauna flora, kebudayaan dan geologi yang terdapat di kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri melalui KePKAS sentiasa berusaha membangunkan infrastruktur berkaitan pelancongan dan juga kebudayaan komuniti serta perlindungan khazanah kita dalam memastikan semua ini dapat tumbuh dengan harmoni dan sesuai dengan dasar kerajaan.

“Dalam memastikan Tapak warisan Dunia Kinabalu ini terus dijaga dengan baik, kerajaan telahpun bersetuju Kawasan Kinabalu Geopark sebagai Geopark Kebangsaan dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark yang dijangka akan berlaku pada tahun 2022,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata demikian semasa melancarkan Sambutan Hari Komuniti Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu 2021 secara maya di sini, hari ini.

Beliau menekankan program geopark itu akan memberikan banyak peluang kepada komuniti terutama sekali dalam meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pelancongan dan juga pengekalan budaya di daerah serta kawasan kampung yang terbabit.

Dengan pengiktirafan itu, beliau percaya ia mampu menarik minat rakyat dan pelancong asing untuk mengenali Tapak Warisan Dunia Kinabalu serta Kinabalu Geopark dengan lebih dekat, seterusnya menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke Sabah.

Dalam pada itu, Joniston menyeru agar rakyat Sabah, terutama sekali penduduk di persekitaraan Tapak Warisan Dunia Kinabalu, turut sama berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memelihara khazanah negeri ini daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sambutan Hari Komuniti adalah salah satu daripada acara tahunan yang dimasukkan dalam ‘Calender of Event’ di bawah KePKAS.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya