HomeUtamaBajet 2022 : Penjawat Awam Negeri Terima 'Bonus' Setengah Bulan Gaji

Bajet 2022 : Penjawat Awam Negeri Terima ‘Bonus’ Setengah Bulan Gaji

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada penjawat awam negeri di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu adalah bagi mengiktiraf jasa dan peranan penjawat awam di Sabah.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000  kepada seramai 20,271 orang penjawat awam negeri.

“Ini termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang akan dibayar pada bulan Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Negeri juga akan membiayai kerja-kerja awalan pembinaan perumahan mampu milik kepada penjawat awam negeri.

“Saya berharap agar insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pemberian bantuan khas sebanyak RM700 kepada para penjawat awam persekutuan termasuk yang berkhidmat di Sabah.

Katanya, peranan Kerajaan Persekutuan yang digerakkan oleh para penjawat awam persekutuan mempunyai nilai dan makna yang besar kepada pembangunan negeri.

“Sesungguhnya, Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen dan bantuan berterusan Kerajaan Persekutuan bagi melonjakkan pembangunan negeri.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan sejumlah RM5.2 bilion perbelanjaan pembangunan bagi Sabah.

“Ia meliputi pembiayaan peruntukan bagi kemudahan asas, infrastruktur, bekalan air dan elektrik serta penjagaan kesihatan.

“Saya menyeru agar jabatan-jabatan Persekutuan dan Negeri dapat mempermudahkan proses kelulusan bagi memastikan projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang,”  katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular