HomeUtamaBajet 2022 : Sabah Catat Hasil Tertinggi Sejak Merdeka

Bajet 2022 : Sabah Catat Hasil Tertinggi Sejak Merdeka

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan anggaran hasil tertinggi dengan jumlah RM4.912 bilion sejak merdeka berikutan pertambahan hasil sebanyak 9.6 peratus dengan kenaikan harga purata minyak sawit mentah dan petroleum tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, anggaran hasil tahun ini dijangka bertambah RM430.67 juta menjadikan Anggaran Hasil Disemak Tahun 2021 telah meningkat berbanding anggaran asal hasil tahun 2021.

Katanya, peningkatan hasil itu adalah sejarah baharu bagi Sabah dengan rekod anggaran hasil negeri tertinggi sejak merdeka.

“Alhamdulillah, kita bersyukur apabila harga purata minyak sawit mentah dan minyak mentah petroleum adalah lebih tinggi berbanding kadar harga yang diramalkan semasa penyediaan Anggaran Hasil 2021.

“Ekoran itu, sasaran kutipan hasil tahun ini dijangka bertambah sebanyak 9.6 peratus atau RM430.67 juta menjadikan Anggaran Hasil Disemak Tahun 2021 telah meningkat berbanding anggaran asal hasil tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil tahun ini adalah pembayaran Cukai Jualan Negeri (CJN) bagi produk minyak dan gas.

Katanya, kerajaan merakamkan penghargaan kepada syarikat-syarikat minyak dan gas khususnya PETRONAS atas komitmen melaksanakan tanggungjawab pembayaran cukai ini.

“Mengambil kira sebahagian besar hasil negeri adalah disumbangkan oleh komoditi minyak sawit mentah dan minyak mentah petroleum, Kerajaan Negeri perlu berhemat dan mengambil pendekatan konservatif dalam penyediaan Anggaran Hasil 2022.

“Ini bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan kekal kukuh. Ini adalah kerana penentuan harga komoditi ini terdedah kepada risiko perubahan semasa dalam persekitaran ekonomi dan pasaran global yang di luar kawalan kita.

“Disebabkan faktor-faktor tersebut, maka Kerajaan Negeri mengunjurkan Anggaran Hasil Tahun 2022 adalah berjumlah RM4.707 bilion,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular