HomeUtamaBajet 2022 : CCA Dimuktamadkan Antara Kerajaan Sabah, Persekutuan & PETRONAS

Bajet 2022 : CCA Dimuktamadkan Antara Kerajaan Sabah, Persekutuan & PETRONAS

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Perjanjian Kerjasama Komersial atau ‘Commercial Collaboration Agreement (CCA) telah berjaya dimuktamadkan di antara kerajaan Negeri, Persekutuan dan PETRONAS menerusi rundingan yang dilaksanakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, persefahaman dan persetujuan telah dicapai di antara kedua belah pihak sekali gus memastikan perjanjian CCA akan dapat ditandatangani dalam tempoh terdekat.

“Setelah sekian lama isu legasi berkaitan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) mendasari isu berkaitan minyak dan gas kita, perjanjian ini akan membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada Sabah.

“Sabah akan mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar (greater revenue sharing), penyertaan dan penguasaan yang lebih besar (greater participation and greater say) dalam hal berkaitan minyak dan gas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini petang ni.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Negeri dan PETRONAS telah membuat kajian bersama bagi menentukan nilai tambah industri gas yang boleh memberikan pulangan ekonomi jangka panjang untuk Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk PETRONAS membina kemudahan gas asli cecair (LNG) yang berdasarkan konsep “nearshore” yang pertama di negeri ini iaitu di SOGIP.

“Di samping itu, Sabah juga akan mempunyai peruntukan gas untuk menyokong industri hiliran di negeri ini.

“Kita juga percaya bahawa isu berhubung hak dan kepentingan negeri yang melingkari hubungan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan selama ini akan dapat ditangani melalui perundingan dan muafakat atas semangat Keluarga Malaysia,”katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, perjuangan itu merupakan satu perjalanan yang panjang yang diwarisi daripada pelopor pejuang terdahulu.

“Meskipun mengambil masa, kita harus memastikan setiap langkah yang teratur rapi akan membawa nilai dan makna kemajuan. “Kita sentiasa mengalu-alukan dan menghargai kebersamaan semua pihak termasuk barisan pembangkang dalam agenda perjuangan ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya