Bajet 2022 : Sabah Bentang Belanjawan Lebihan, RM4.596 Untuk 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini membentangkan Belanjawan 2022 berjumlah RM4.596 bilion dengan mencatat lebihan RM110.68 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM4.707 bilion pada tahun depan.

Belanjawan kedua kerajaan GRS yang bertemakan Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera itu menunjukkan peningkatan berbanding RM4.303 bilion yang diperuntukkan kerajaan negeri dalam belanjawan tahun ini dengan lebihan RM178.7 juta berbanding unjuran hasil sebanyak RM4.481 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan tahun depan, Kementerian Kewangan menerima peruntukkan tertinggi dengan anggaran perbekalan sebanyak RM1.824 bilion manakala anggaran pembangunan RM4 juta.

Katanya, ia diikuti Kementerian Kerja Raya dengan anggaran perbekalan sebanyak RM770.10 juta dan anggaran pembangunan RM244.97 juta.

“Bagi Jabatan Ketua Menteri, anggaran perbekalan adalah sebanyak RM514.94 juta dan anggaran pembangunan sebanyak RM161.59 juta; Kementerian Pertanian dan Perikanan menerima anggaran perbekalan RM319.01 juta dan anggaran pembangunan RM111.87 juta.

“Selain itu, bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerima anggaran perbekalan sebanyak RM206.01 juta dan anggaran pembangunan RM10.60 juta dan yang keenam Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerima anggaran perbekalan sebanyak RM113.35 juta dan anggaran pembangunan RM18.58 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini petang ni.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, perbelanjaan yang diperuntukkan itu juga akan turut diagihkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang menerima anggaran perbekalan RM122.40 juta dan anggaran pembangunan sebanyak RM11.72 juta.

Katanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah turut akan menerima agihan anggaran perbekalan sebanyak RM87.66 juta dan anggaran pembangunan sebanyak RM123.0 juta.

“Kesembilan, perbelanjaan ini juga akan diagihkan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah degan jumlah anggaran perbekalan sebanyak RM80.59 juta dan anggaran pembangunan RM15.30 juta; Kesepuluh, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dengan anggaran perbekalan RM121.22 juta serta anggaran pembangunan sebanyak RM13.89 juta.

“Agihan perbelanjaan turut diagihkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dengan anggaran perbekalan sejumlah RM19.91 juta dan anggaran pembangunan RM26.05 juta,”katanya.

Selain itu, Hajiji berkata, perbelanjaan yang diuntukkan dengan anggaran perbekalan RM383.04 juta; dan perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Kementerian – Kementerian dengan anggaran perbekalan sejumlah RM33.73 juta.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *