HomeUtamaCOVID-19 : 6 Daerah Tiada Kes Baharu

COVID-19 : 6 Daerah Tiada Kes Baharu

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam buah daerah di Sabah tidak merekodkan sebarang kes jangkitan COVID-19 pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara daerah terlibat ialah Semporna; Kinabatangan; Kunak; Nabawan; Tongod dan Kalabakan.

“Pada hari ini kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus menurun dimana sebanyak 271 kes direkodkan dan jumlah ini adalah 23 kes lebih rendah daripada jumlah semalam.

“Kota Kinabalu merekodkan penurunan 22 kes hari ini berbanding jumlah semalam dan sekali gus turun ke tangga kedua sebagai penyumbang terbanyak kes-kes  baharu di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jumlah kes terbaru di Tuaran sebanyak 43 kes adalah yang tertinggi di Sabah hari ini dengan pertambahan 10 kes berbanding sebelumnya.

Katanya, Putatan menambah 15 kes baharu dan melonjak naik ke tempat ketiga tertinggi jumlah kes harian.

“Ranau terkeluar daripada kumpulan ‘Empat Serangkai’ dengan mencatat hanya lapan kes baharu berbanding 28 kes semalam.

“Secara keseluruhan, jumlah kes baharu di kebanyakan daerah di Sabah menampakkan penstabilan,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 23 daripada 27 daerah di Sabah merekodkan jumlah kes baharu di bawah paras 20 kes, 17 daripadanya mencatat kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di enam daerah.

“Sebanyak 263 daripada 271 kes (97 peratus) hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5 hari ini.

“Sebanyak tiga kes lagi masih dalam siasatan dan penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT pada jangkaan mengikut kes harian semalam bagi seluruh negara ialah 0.98 manakala bagi negeri Sabah, 0.93.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya