DUN Sabah : Ibu Bapa Digalakkan Lakukan Ujian Kendiri Kepada Anak-Anak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian kendiri COVID-19 kepada anak-anak bagi memastikan mereka masih dalam keadaan selamat daripada jangkitan wabak berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerajaan negeri masih menanti keputusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk polisi pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.

“Untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, kita masih menanti keputusan dari KKM untuk polisi pemberian vaksin kepada mereka.

“Walau bagaimanapun sebagaimana yang kita ketahui bagi kanak-kanak yang telah menghadirkan diri ke sekolah ataupun ke Taman Didikan kanak-Kanak mungkin menjadi satu inisiatif yang baik bagi ibubapa untuk sentiasa melakukan ujian sendiri bagi memastikan bahawa anak-anak masih dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Justin Wong (DAP-Sri Tanjong) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Justin bertanyakan, apakah perancangan untuk kanak-kanak khususnya individu yang berumur 11 tahun dan ke bawah. Sedangkan mereka dibenarkan untuk pergi ke sekolah dan semasa musim cuti ini, banyak keluarga yang ingin membawa anak-anak mereka untuk bercuti tetapi takut dengan risiko jangkitan COVID-19.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *