HomeUtamaDUN Sabah : 561 Program 'Outreach' Dilaksana Dibawah CITF

DUN Sabah : 561 Program ‘Outreach’ Dilaksana Dibawah CITF

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 561 Program Jangkauan Luar telah dilaksanakan dibawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Negeri Sabah (CITF) daerah.

Program itu melibatkan kerjasama antara Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JaPen); Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan Negara (JPNIN) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program itu meliputi 468 buah kampung yang terlibat di Sabah.

Katanya, melalui program itu sebanyak 270,482 orang telah divaksin dan program itu juga telah berakhir pada 15 Oktober lalu namun program vaksinasi itu masih diteruskan oleh JKNS.

“Untuk Daerah Tawau, Program ini telah dilaksanakan di 87 buah kampung dengan melibatkan 16,309 orang yang lengkap divaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Christina Liew (PKR-Api Api) yang bertanyakan apakah status semasa Program “Outreach” Vaksinasi di daerah Tawau dan setakat ini, berapa buah kampungkah yang diliputi, dan berapa ramai orangkah  yang telah divaksinasi melalui program ini.

Sementara itu, Shahelmey berkata, Program RAVO (Rapid Assessment And Vaccination Operation) telah dilaksanakan di enam buah daerah di Sabah bermula pada 01 Oktober lalu dengan melibatkan 952 lokaliti dimana pencapaian kadar vaksinasinya masih rendah.

Katanya, daerah-daerah yang terlibat ialah daerah Kinabatangan, Kunak, Tawau, Tongod, Sandakan dan Nabawan.

“Hasil daripada penyiasatan pasukan RAVO ke lokaliti-lokaliti di enam daerah tersebut telah mendapati bahawa sebanyak 99.42 peratus daripada responden yang layak menerima vaksin telahpun lengkap divaksin.

“Untuk Daerah Tawau, setakat 23 November lalu menerusi RAVO yang telah dilaksanakan di 310 lokaliti dengan melibatkan 124,663 populasi.

“Daripada 124,663 populasi tersebut 96,291 orang dewasa layak divaksin. Walau bagaimanapun hanya seramai 2,320 orang telah diberi vaksin melalui operasi RAVO tersebut,” katanya.

Katanya, ini menunjukkan bahawa majoriti penduduk sudah menerima vaksin menerusi program CITF sebelum itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya