HomeUtamaDUN Sabah : Bekalan Vaksin COVID-19 Di Sabah Mencukupi

DUN Sabah : Bekalan Vaksin COVID-19 Di Sabah Mencukupi

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah ketika ini mencukupi dengan bekalan stok sedia ada sebanyak 994,340 dos setakat 30 November lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dengan jumlah bekalan vaksin yang sedia ada, isu kekurangan vaksin tidak timbul di Sabah pada ketika ini.

“Antara sebab-sebab kadar vaksinasi yang rendah di negeri ini adalah disebabkan unjuran populasi penduduk di Sabah yang menggunakan statistik tahun 2010 dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Pada masa ini Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih menunggu hasil bancian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, penyelarasan pencapaian sebenar kadar vaksinasi hanya dapat diketahui dengan adanya hasil bancian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dalam masa terdekat ini.

Katanya, faktor kemungkinan besar warga asing telah kembali ke negara asal mereka terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020 juga menjadi antara sebab kadar vaksinasi di Sabah rendah.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, sehingga 30 November lalu,  kadar vaksinasi populasi dewasa di negeri ini adalah pada 75.5 peratus dengan melibatkan seramai 2,082,618 orang.

Katanya, bagi kadar vaksinasi untuk remaja berusia 12 hingga 17 adalah pada 71 peratus  yang melibatkan seramai 300,542 orang yang telah lengkap divaksin.

Sementara itu, Shahelmey turut menjawab pertanyaan ADUN Kukusan Rina Jainal yang bertanya berapakah statistik dan jumlah terkini penduduk Sabah yang menerima dos penggalak COVID-19.

“Sehingga  5 Disember 2021, sebanyak 103,937 individu telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 secara sukarela,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular