DUN Sabah : Kerajaan Sabah Perlu Beri Fokus Kepada Tiga Inisiatif Gandakan Pertumbuhan Ekonomi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah disaran untuk memberi fokus kepada tiga inisiatif bagi menggandakan pertumbuhann Produk domestik kasar (KDNK) tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, pertamanya Sabah perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi menerusi pelbagai strategi pelaburan termasuk dasar inisiatif ketika negara ini berdepan pandemik Covid-19.

Beliau berkata langkah seterusnya ialah mentransformasikan ekonomi negeri ini kepada yang lebih kompetitif.

Bagi mencapai tujuan itu, Salleh berkata kerajaan diseru meningkatkan tahap produktiviti, memajukan lagi industri hiliran selain mewujudkan industri baharu yang melibatkan penyertaan aktif sektor swasta.

“Misalnya dalam bidang pertanian, kita perlu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk makanan hiliran untuk memenuhi permintaan domestik dan pasaran ekspot ,” katanya ketika membahaskan Bajet Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah turut menekan pentingnya kerajaan memudahkan kemasukan pelaburan.

“Pihak Kerajaan perlu cekap untuk memudahkan kemasukan pelaburan dan memastikan kos menjalankan perniagaan atau ‘cost of doing business’ adalah berdaya saing dan lebih menarik berbanding tempat lain di rantau ini,” katanya.

Sehubungan  itu, beliau juga menekankan kepentingan autonomi ekonomi atau ‘economic autonomy’ untuk Sabah.

“Semua aspek keputusan berkaitan pematuhan undang-undang, dasar pelaburan, kelulusan pelaburan, promosi pelaburan dan promosi eksport seharusnya boleh dibuat di peringkat Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Menurutnya pendekatan itu berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan dan menyokong aktiviti pelaburan dan eksport.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *