HomeUtamaCOVID-19: Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah Libatkan Pelajar IPG

COVID-19: Kluster Baharu Direkodkan Di Sabah Libatkan Pelajar IPG

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan asrama pelajar siswi Institut Pendidikan Guru (IPG) di Bakut, Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Tuaran Bakut- Tuaran bermula dari kes indeks seorang pelajar wanita yang didapati positif COVID-19.

“Saringan kesihatan di kalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.

“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai,”katanya.

Dalam perkembangan lain, turut dilaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu bagi negeri Sabah hari ini iaitu sebanyak 322 kes, menjadikan jumlah kumulatif 236,046 kes.

Manakala lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.

Menurut Masidi, empat daerah mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu Tuaran 55 kes, Kota Kinabalu 53 kes, Ranau 34 kes dan Kota Belud 25 kes. Bagaimanapun, sebanyak 16 daerah merekodkan kes pada satu angka sahaja dan enam daripadanya merekodkan sifar kes.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya