DUN Sabah : TTS Berusaha Naiktaraf Tapak Geopark Kebangsaan Kinabalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU :  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) melalui Taman-Taman Sabah (TTS) berusaha untuk menaiktaraf Tapak Geopark Kebangsaan Kinabalu.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, naiktaraf itu adalah untuk menjadikan Tapak Geopark Global United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) Kinabalu pada tahun 2022.

“Urusan permohonan dan dokumentasi serta persiapan penilaian tapak di lapangan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Tapak ini sedang menunggu ketibaan kumpulan panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak UNESCO yang dijadualkan pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sokongan dan dukungan yang padu sehingga Sabah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi acara Kongres Taman-Taman Asia Kedua (Ke-2) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada Mei 2022.

Katanya, kongres yang akan dianjurkan secara hybrid itu bukan sahaja memberi peluang kepada Sabah malah dapat berkongsi dengan dunia umum akan komitmen negeri Sabah dalam melestarikan alam sekitar, tetapi ia juga mampu mempromosikan Sabah sebagai destinasi eko pelancongan yang unggul.

Dalam perkembangann lain, Jafry berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan memantapkan lagi sektor ‘Meeting, Incentive, Conference, Exhibition’ (MICE) dengan memperkenalkan peruntukan insentif sebanyak RM2 juta di bawah ‘Sabah, BE Here For You’.

“STB juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tiga sesi latihan di bawah Rancangan Pembangunan Modal Insan yang mensasarkan 60 peserta daripada penggerak industri dan juga peserta yang berminat untuk mendalami industri MICE.

“Latihan ini dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS) dimana kursus adalah diiktiraf oleh badan antarabangsa – Events Industry Council.,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *