HomeUtamaDUN Sabah : KPLB Sabah Beri Tumpuan Program Usahawan Tahun Hadapan

DUN Sabah : KPLB Sabah Beri Tumpuan Program Usahawan Tahun Hadapan

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan memberi tumpuan kepada program-program usahawan yang mampu menembusi pasaran di negeri ini atau di Semenanjung Malaysia menerusi produk yang dihasilkan pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, kementeriannya berusaha untuk membantu para usahawan kecil mempromosi produk mereka melalui pelbagai cara.

Antanya dengan menyertai pameran, dipasarkan di DESAMALL yang dimiliki oleh KPLB Persekutuan dimana DESAMALL ini berperanan membangunkan produk dan memperluaskan pasaran termasuk pemasaran perniagaan secara atas talian.

“Untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi tambahan khususnya di MESEJ, saya bersama rombongan Kementerian telah membuat lawatan sambil belajar ke kilang pembuatan dan memproses sacha inchi di negeri Johor baru-baru ini.

“Berdasarkan taklimat yang diberi, produk sacha inchi mempunyai potensi untuk meningkatkan pendapatan sampingan peserta-peserta MESEJ dan penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, ekoran daripada itu, pihaknya telah mengarahkan pihak Kementeriannya untuk membuat kajian ke atas produk ini untuk diusahakan di kawasan-kawasan yang sesuai.

Katanya, kementeriannya juga mempunyai Program Industri Rumah Burung Walit (RBW) iaitu pembinaan RBW untuk golongan sasar (miskin tegar/miskin) bagi membantu meningkat pendapatan mereka.

“Program ini akan dilaksanakan melalui konsep persendirian/komuniti berdasarkan kriteria dan spesifikasi yg akan ditetapkan oleh Kementerian saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, peranan Kementerian dalam membasmi kemiskinan di negeri ini semakin mencabar.

Katanya, walau bagaimanapun, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi negeri seperti perkongsian pintar, seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan agensi Kerajaan Persekutuan seperti KPLB Persekutuan serta lain-lain lagi untuk terus berusaha dan memperbanyakkan program-program pembasmian kemiskinan pada tahun 2022.

“Kementerian saya akan meneruskan dan memantapkan Program sedia ada seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang fokus kepada tanaman getah dan kelapa sawit, rumpai laut dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan seperti yang tersenarai dalam data e-Kasih.

“Untuk meningkatkan pendapatan sampingan semua peserta di bawah program MESEJ juga digalakkan untuk menjalankan aktiviti ekonomi tambahan bergantung kepada kesesuaian tanah.

Selain daripada program tersebut, Kementerian saya juga akan terus membantu penduduk luar bandar yang tersenarai dalam ekasih yang tidak termasuk dalam program MESEJ dan Kg Sejahtera melalui bantuan program-program kemiskinan yang sedia ada seperti agihan rumah PPRT, bantuan Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular