HomeUtama600 Tentera Diraja Sulu sedia untuk tawan Sabah ?

600 Tentera Diraja Sulu sedia untuk tawan Sabah ?

Read Time:1 Minute, 13 Second

Cyberjaya ~~ Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Operasi tersebut telah dirancang selepas beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari kawasan selatan Filipina.

“Seramai 11 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut,

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak US$10 ribu telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” lapor South China Morning Post (SCMP).

tangkapan layar laporan portal SCMP yang melaporkan rancangan berkenaan

Menurut laporan yang memetik sumber mereka, kumpulan perancang mengarahkan sekurang-kurangnya 200 orang pengintip bagi pihak RSA untuk menyusup masuk ke beberapa kawasan di Sabah.

Sumber turut tidak menolak kewujudan ejen asing yang telah bertapak di Sabah.

“2 bandar pesisir di Sabah, Lahad Datu dan Semporna menjadi sasaran utama oleh pihak RSA,

“Mereka rancang untuk melancarkan serangan pada sekitar Februari 2022 bagi memperingati peristiwa Lahad Datu 2013,” kata laporan itu.

Tambahnya, kesemua anggota RSF yang terlibat dalam operasi itu akan dibekalkan senjata api ketika memasuki perairan Sabah.

“Bekalan senjata turut ditanam di sekitar kawasan yang telah dikenalpasti untuk digunakan oleh RSA sebelum melancarkan serangan,” katanya.

Pada masa yang sama, SCMP turut memetik kenyataan Rommel Banlaoi, Pengerusi Institut Kajian Keamanan, Keganasan dan Pengganas (Philippine Institute for Peace, Violence and Terrorism Research) yang menyatakan sekurang-kurangnya 20 ke 30 orang anggota tentera Filipina turut menganggotai gerakan RSA.

Malaysia sebelum ini digegarkan dengan pencerobohan RSA di Lahad Datu pada tahun 2013. 

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

2 COMMENTS

  1. Kalau setakat 1000 org tentra RSA masuk ke Sabah tidak akan dapat menawan Sabah.. Pertahanan kita mencukupi dengan kepal pejuang, kereta kebal dll. Cuma pertahanan jangan laka n lalai dan jgn ada lgi yg belot.. Betalion dri Sarawak akan datang dengan tering babi hutan n minyak babi hutan menghapuskan kekabalan RSA

  2. Bersiap siaga…tentera Malaysia…jangan leka dan lalai..
    Cepat..tangkas,teguh,berani! Pertahanan barisan hadapan…harimau kumbang yang kuat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular