DUN Sabah : KePKAS Komited Realisasi Pengwujudan Muzium Tamadun & Warisan Etnik Dusun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:3 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah tetap komited untuk merealisasikan pengwujudan Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun di Ranau.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, meskipun kontraktor yang dilantik telah ditamatkan, projek ini akan diteruskan dibawah projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Pada ketika ini, Kementerian saya sedang dalam proses penilaian semula Pelan Pembangunan termasuk penilaian kos pembinaan untuk membolehkan Kementerian mendapatkan Kontraktor penyelamat.

“Untuk memastikan projek pembinaan Muzium ini tidak tergendala lagi, Kementerian saya akan memastikan kontraktor penyelamat yang bakal dilantik untuk menyiapkan projek ini mempunyai kredibiliti, berpengalaman dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amisah Yassin (BERSATU- Dilantik) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Terdahulu, Jafry berkata, tempoh kontrak pembinaan muzium mini atau Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun, Ranau sebelum ini adalah selama 18 bulan.

Katanya, projek ini telah bermula pada 1 Mac 2018 dan dijadualkan siap pada 1 September 2019 namun kontraktor hanya mendapat kelulusan masuk tapak pada 28 April 2019.

“Ini menyebabkan projek tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Dalam pada itu, Kerajaan telah meluluskan tempoh lanjutan masa Nombor 1 (EOT 1) mulai 1 September 2019 sehingga 30 Disember 2020.

“Pemantauan terhadap projek ini kerap dijalankan oleh Kementerian saya dan juga agensi dibawah Kementerian iaitu Jabatan Muzium Negeri Sabah.

“Sepanjang tempoh lanjutan masa yang diberikan, kerja-kerja pembinaan tidak dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan kepada pihak kontraktor. Teguran dan amaran telah diberikan.

“Namun, pelbagai alasan diberikan oleh kontraktor dan setakat 30 Disember 2020, kemajuan kerja sebenar projek ini hanyalah mencapai 20 peratus dan projek ini telah dikategorikan sebagai projek sakit,” katanya.

Katanya, berikutan dengan prestasi yang mendukacitakan serta tiada komitmen oleh Kontraktor, satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemandu Projek Negeri yang dihadiri oleh Pejabat Peguam Besar Negeri, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan dan memutuskan status projek ini.

“Satu ketetapan telah diputuskan selaras dengan perjanjian kontrak klausa 5.1 (b) yang memberi kuasa kepada pihak Kementerian untuk mengeluarkan notis penamatan.

“Pada 16 Jun 2021, Kementerian telah mengeluarkan surat penamatan kontrak kepada kontraktor atas sebab kegagalan melaksanakan projek mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *