HomeUtamaDUN Sabah : Bekalan Elektrik & Air Jadi Cabaran Di Klinik Kesihatan...

DUN Sabah : Bekalan Elektrik & Air Jadi Cabaran Di Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Bekalan elektrik yang kurang stabil selain tekanan bekalan air yang rendah di Pulau Bum-Bum menjadi antara cabaran yang dihadapi Klinik Kesihatan di pulau berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun selepas kerja-kerja menaik taraf blok pentadbiran dan kuarters di klinik kesihatan tersebut namun terdapat dua cabaran dalam operasi klinik tersebut.

“Pertamanya berkenaan dengan bekalan elektrik. Bekalan elektrik daripada SESB ke Pulau Bum-Bum adalah dalam keadaan yang kurang stabil.

“Di Klinik tersebut mempunyai dua set generator yang sudah berkeadaan usang,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jaujan Sambakong (WARISAN- Sulabayan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, cabaran lain adalah berkenaan dengan bekalan air yang begitu rendah di Pulau Bum-Bum.

Katanya, bekalan air khusus untuk ke klinik itu juga dicatu dan beliau akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan juga Kementerian Kerja Raya  (KKR) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk mencari solusi bagaimana menambah keadaan yang sedangditambah baik sekarang ini.

“Saya mengambil perhatian dan InshaAllah pada awal tahun hadapan kita boleh sama-sama melawat klinik tersebut untuk melihat keadaan sebenar,” katanya.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Flovia Ng berkata, JKNS memaklumkan bahawa naik taraf Klinik Kesihatan (KK) Pulau Bum-Bum  jenis 4 (150 – 300 pesakit sehari) telahpun siap pada tahun 2019 dengan peruntukan sejumlah RM463,764.65.

Katanya, pada tahun 2021 sejumlah RM161,453 untuk naik taraf dua buah blok kuarters yang mengandungi 16 unit telah juga siap pada bulan Oktober tahun 2021 dan  sedang digunakan.

“Setakat ini jumlah kedatangan pesakit adalah sebanyak 11,563 orang (2018), 16,340 orang (2019) dan 15,629 orang (2020), ataupun 32 orang (2018), 45 orang (2019), 43 orang (2020) pesakit sehari.

“Pada masa ini juga terdapat cadangan untuk menaiktaraf sebahagian bangunan Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum sebagai Pusat Bersalin Alternatif (ABC) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat Pulau Bum-Bum,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya