HomeUtamaDUN Sabah : JANS & Syarikat Konsesi Usaha Tangani Masalah Kekurangan Air...

DUN Sabah : JANS & Syarikat Konsesi Usaha Tangani Masalah Kekurangan Air Di Utara Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat terutamanya masalah bekalan air di kawasan Utara Kota Kinabalu khususnya di Kawasan Sepanggar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Syarikat Konsesi yang terbabit telah mengambil langkah-langkah usaha bagi menangani masalah kekurangan bekalan air yang amat mendesak di kawasan utara Kota Kinabalu.

Katanya, usaha segera telah diambil dimana JANS dan Syarikat Konsesi iaitu Jetama Sdn Bhd telah melaksanakan penghantaran bekalan air terawat secara percuma.

“Penghantaran bekalan air terawat dihantar melalui lori-lori tangki air ke kawasan- kawasan perumahan yang terjejas teruk semasa kerosakan pam di Loji Rawatan Air Telibong I siap dibaiki dan kembali beroperasi sepenuhnya pada 27 November lalu.

“Antara langkah usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JANS bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kawasan Utara Kota Kinabalu adalah dengan Pembinaan Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II yang berkapasiti 10 Juta Liter Sehari yang bermula pada 30 November lalu dan dijadualkan siap pada bulan Ogos 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini semalam.

Bung berkata, pembinaan LRA UWSS Telibong I berkapasiti 5 Juta Liter Sehari di bawah program Privatisation of Kota Kinabalu Water Supply Scheme.

Katanya, projek ini dijadualkan siap pembinaan pada bulan Oktober 2022.

“Projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II Tamparuli Dari 80 Juta Liter Sehari ke 160 Juta Liter Sehari Termasuk Saluran Paip Utama dan Tangki Simpanan turut dilaksanakan dan projek ini adalah dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap menjelang Mac 2023.

“Selain itu, kerja pembaikan tangki simpanan R17A dan KA1 yang berkapasiti 10 Juta Liter bagi setiap tangki. Kerja-kerja pembaikan telahpun dimulakan pada bulan September 2021 dan dijangka siap pada bulan Mac 2022,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, langkah lain termasuklah melaksanakan program pembaikan semula “hardware” NRW (Non Water Revenue) Management System yang akan dilaksanakan bagi memantau dan mengenal pasti lokasi kehilangan air yang tinggi di lapangan.

Katanya, program pembaikan semula NRW ini dilaksanakan secara berperingkat selama tiga tahun dan harus tidak boleh dihentikan.

“Kita juga akan menjalankan operasi bersepadu mencegah kecurian air di kawasan setinggan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan/Agensi yang lain.

“Dengan terlaksananya dan siap projek ini, diharap akan dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang alami di Kawasan utara Kota Kinabalu khususnya penduduk di Kawasan Sepanggar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular