HomeUtamaDUN Sabah : Sabah Dapat Perkongsian Hasil Lebih Besar Melalui CCA

DUN Sabah : Sabah Dapat Perkongsian Hasil Lebih Besar Melalui CCA

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Kolaborasi kerajaan negeri dan PETRONAS melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) akan memberi perkongsian hasil yang lebih besar kepada Sabah berkaitan minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah juga akan mendapat penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas di negeri ini di bawah satu rangka kerja perundingan komersial bersama PETRONAS selain memastikan Sabah mengekalkan hak perundangan.

“Kejayaan kolaborasi pelaksanaan CCA seperti ini memerlukan kebijaksanaan, muhibah dan kesefahaman daripada kedua-dua pihak selain memastikan hak perundangan memberikan perlindungan muktamad bagi kepentingan negeri.

“Kerajaan Negeri Sabah ditawarkan untuk menyertai di dalam Projek LNG melalui kepentingan saham sehingga 25 peratus pada kos dan tanpa premium dalam anak-anak Syarikat PETRONAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah pembayaran adalah secara tertunda ataupun deferred payments menggunakan dividen daripada projek tersebut.

Katanya, PETRONAS akan terus komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dan berhati-hati kerana ia melibatkan penggunaan wang rakyat dan negeri.

Katanya, Belanjawan Sabah 2022 adalah belanjawan lebihan sebanyak RM110.68 juta.

“Kerajaan berupaya mengekalkan belanjawan lebihan dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM4.596 billion iaitu lebih tinggi daripada anggaran perbelanjaan tahun 2021.

“Belanjawan ini dirangka berdasarkan kepada keperluan kementerian dan jabatan dengan mengambilkira kapasiti berbelanja dan pelaksanaan.

“Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku sebarang keperluan mendesak yang melangkaui peruntukan yang disediakan, maka perkara itu akan diurus melalui peruntukan tambahan pada pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Katanya, penyediaan Belanjawan Sabah 2022 adalah berdasarkan kepada pengurusan sumber kewangan yang berhemat, berhati-hati dan realistic.

“Ia selaras dengan disiplin kewangan yang cekap berlandaskan kepada dasar fiskal kerajaan bagi memastikan perbelanjaan awam menepati objektif kementerian dan jabatan disamping mengelakkan pembaziran melalui pengawalan perbelanjaan yang efektif,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular