HomeUtamaNoraini Idris Dilantik Ahli Dewan Negara

Noraini Idris Dilantik Ahli Dewan Negara

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Noraini Idris dipilih sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu berkuatkuasa 10 Disember 2021.

Beliau dipilih bagi menggantikan Datuk Donald Peter Mojuntin yang mewakili UPKO yang tamat perkhidmatan pada 9 Disember 2021.

Pencalonan Noraini telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Puan Noraini Idris dicalonkan untuk dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mulai 10 Disember 2021.

“Saya mengemukakan bersama ini suatu kenyataan bertulis yang telah ditandatangani oleh calon bahawa ianya akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila dipilih kelak,” katanya.

Pencalonan itu turut mendapat sokongan dari Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selepas undian dijalankan di DUN Sabah menyaksikan pencalonan Noraini mendapat sokongan 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), enam berkecuali, tujuh tidak hadir, manakala tiada menolak.

Speaker DUN, Datuk Kadzim Yahya kemudian mengumumkan pelantikan Noraini sebagai Senator baharu dari Sabah dan akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Noraini yang berasal dari Penampang merupakan seorang graduan undang-undang dan telah diterima dan didaftarkan sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak pada tahun 1994.

Beliau telah berkhidmat sebagai PeguamBela dan PeguamCara (Advocate & Solicitor) selama lebih kurang 27 tahun di Sabah.

Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan mempunyai pengalaman dalam pembangunan hartanah korporat dan komersial serta perbankan kewangan.

Selain itu, beliau mempunyai firma guaman sendiri yang ditubuhkan pada tahun 2003 bersama rakan kongsinya iaitu Firma Guaman – Alamin Idris & Associates.

Kini beliau masih berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam politik. Karier politik beliau bermula pada masa penubuhan Puteri UMNO di Sabah pada tahun 2001.

Pada tahun 2002 beliau dilantik menjadi Setiausaha Puteri Umno Sabah dan pernah menjawat jawatan Exco Puteri Umno Malaysia bermula tahun 2004 dan Ketua Puteri Umno bahagian Penampang bermula tahun 2003.

Kini beliau adalah merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah. Selain daripada itu beliau juga aktif dalam beberapa pertubuhan NGO Wanita seperti SIKK (Soroptimist International Club of KK). Beliau juga sekarang ini adalah merupakan salah seorang AJK Induk dalam Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya