HomeUtamaSeramai 4,228 Graduan UMS Akan Bergraduasi

Seramai 4,228 Graduan UMS Akan Bergraduasi

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU :   Seramai 4,228 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2021 akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-23 pada Jun 2022.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS telah pun bersetuju untuk menyempurnakan pengisytiharan Majlis Konvokesyen ke-23 pada 22 Disember ini.

“Konvokesyen itu bakal menyaksikan 77 graduan Doktor Falsafah (PhD) yang merupakan angka terbesar yang pernah dicapai oleh UMS.

“Tun Juhar juga akan hadir pada majlis konvokesyen yang akan dibuat secara fizikal pada tahun depan iaitu Majlis Konvokesyen UMS kali ke-22 untuk graduan tahun 2020 pada bulan Mac 2022.

“Manakala, graduan tahun 2022 Majlis Konvokesyen yang ke-24 akan berlangsung pada November tahun depan.

“Di samping itu, kita mempunyai graduan yang pertama dari Akademik Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan Fakulti Pengajian Islam.

“Paling signifikannya, seramai 27 pelajar dari Fakulti Pengajian Islam merupakan ambilan kumpulan yang pertama bakal bergraduasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Taufiq berkata, kunjungan berkenaan diadakan untuk memaklumkan majlis pengisytiharan konvokesyen tersebut serta  memaklumkan pelanjutan tempoh pelantikan Tan Sri Azman Hashim sebagai Pro-Canselor UMS.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rasid Mail, Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Penolong Naib Canselor (Strategik) UMS, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim,  Kurator Kanan Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat, Mohd Hilmey Saili dan Penolong Pendaftar, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Kim Asbiyallah Shah Akim./Penerangan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya